Pelajar yang tersesat
Perbualan berikutnya adalah tentang seorang pelajar NUS tahun satu yang tersesat di dalam fakulti sains. Pelajar tersebut bertanya kepada seorang pelajar lama bagaimana dia dapat pergi ke fakulti kejuruteraan.
Perbualan
Baru: Maafkan saya, saya tersesat di dalam fakulti sains. Boleh saya tanya bagaimana saya pergi ke fakulti kejuruteraan?
Lama: Oh boleh! Tetapi mengapa awak kelihatan risau?
Baru: Sebab saya tidak tahu bagaimana pergi ke fakulti kejuruteraan! Saya sudah tersesat di dalam fakulti sains selama sepuluh minit dan kuliah saya akan bermula dalam masa lima belas minit lagi!
Lama: Oh begitu. Jangan risau. Perhentian bas terletak di hujung jalan ini. Awak berjalan mengikut arah ini dan awak akan nampak sebuah perhentian bas. Selepas itu, awak menaiki bas A satu dan turun di fakulti kejuruteraan.
Baru: Boleh awak memberitahu saya dengan lebih jelas? (scratch your head) Kerana saya tidak pernah pergi ke fakulti kejuruteraan. Saya pelajar tahun satu.
Lama: Oh begitu. Ermm, selepas awak menaiki bas A satu, awak turun di perhentian bas ke-4 di sebelah kiri awak. (new student starts to eat) Hei, adakah awak sedang mendengar apa saya bercakap? Awak bukan menonton wayang sekarang, berhenti makan.
Baru: Ya, saya tahu. (Munch munch munch) Awak hendak makan makanan ini? (Smile sheepishly)
Lama: Eh, sila beri perhatian! Nanti awak sesak lagi.
Baru: Oke, tetapi rasa kuih ini sedap sekali, (lick your lips) betulkah awak tidak mahu mencuba?
Lama: Jangan makan terlalu banyak, nanti awak akan menjadi si gemuk!
Baru: Lagi baiklah! Saya tidak akan dicabul oleh pencabul yang dilaporkan baru-baru ini. Seperti lirik lagu ini. (play ugly girl song) Haha, saya bergurau saja. Ya, bagaimana saya pergi ke sana?
Lama: Awak mesti dengar, saya tidak akan mengulang lagi. Di perhentian bas keempat ada sebuah perpustakaan dan bas itu akan berhenti di sana. Selepas awak turun di sana, awak melintas ke seberang jalan raya. Fakulti kejuruteraan terletak di sana.
Baru: Oh, terima kasih! Ermm, boleh saya tanya kantin fakulti kejuruteraan di mana? Sebab saya berasa lapar sekarang.
Lama: Bukankah awak sedang makan sekarang? Awak masih mahu makan lagi?
Baru: Oh ini hanya makanan ringan. Saya mesti makan banyak supaya otak saya boleh berfungsi. Kalau tidak ada masuk bagaimana keluar?
Lama: Apa sajalah. Kantin itu dekat dengan tepi jalan raya. Awak akan nampak kantin itu selepas awak menaik tangga. McDonald di sebelah kantin itu.
Baru: Hmmm… Saya mahu dua hamburger dan dua bungkusan kentang goreng saiz besar.
Lama: Eh bangunlah! Awak masih di sini, bukan di McDonald!
Baru: Berfikir pun salah? Kalau awak ada masa lapang sekarang, kita boleh makan tengah hari bersama-sama? Saya boleh tanya awak tentang kehidupan di NUS semasa kita makan.
Lama: Bukankah awak hendak pergi ke kuliah awak sekarang?
Baru: Oh, saya terlupa! Mungkin kita boleh jumpa selepas kuliah saya. Kuliah saya tamat pada pukul 2 tengah hari. Awak kelihatan penat, saya fikir awak juga perlu sedikit makanan supaya awak boleh menjadi lebih cergas.
Lama: Bolehlah. Di mana kita jumpa untuk makan tengah hari nanti?
Baru: Di McDonald, masih ingat saya mahu hamburger dan kentang goreng?
Lama: Baiklah. Akan jumpa awak di sana. Awak akan belanja saya makan nanti?
Baru: Mengapa saya hendak belanja awak makan? Saya sangat miskin, jangan buli saya. Tetapi saya boleh memberi makanan ini kepada awak sebagai tanda terima kasih.
Lama: Er…. Saya tidak mahu.
Baru: Kita sudah lama bercakap tetapi saya belum tahu nama awak. Nama saya _____.Awak siapa?
Lama: Nama saya ___________. Eh bas A satu sudah datang. Cepat, kalau tidak awak akan lambat ke kuliah awak. (point at the bus as if it is coming)
Baru: Oke, jumpa awak di McDonald nanti.
Lama: Baik!